Advokasi – Mendidik Anak dengan Bijak
2 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniKelas advokasi telah dijalankan pada 1 Ogos 2020. Kelas ini dihadiri oleh murid sekolah. Kelas ini berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Nanga sekuau selama 1 jam bermula dari 8 pagi dan tamat pada 9 pagi.
Untuk kali ini, pelajar didedahkan dengan maksud module yang dipelajari iaitu module mendidik anak dengan bijak dimana mereka diberi kesedaran tentang bahaya di dalam dunia siber sama seperti bahaya di dunia realiti. Mereka juga dinasihatkan supaya tidak mudah berhubung dan berkongsi maklumat diri dengan orang yang tidak dikenali di laman sosial. Kakitangan Pusat Internet memberi kefahaman yang mendalam berkaitan dengan module yang diajar mereka dengan mempertontonkan video yang berkaitan kepada para pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: